Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan serumah kediaman di Sungai Salim
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan serumah kediaman di Sungai Salim

Utusan Sarawak 10 hours ago
TERBAKAR… Sebuah rumah kediaman dengan struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus dalam satu kejadian malam tadi. Foto Bomba

SIBU: Sebuah rumah kediaman tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di kawasan Rumah Pinggan, Sungai Salim di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.01 malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dengan bantuan BBP Sibu Jaya ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal yang terbakar 100 peratus dengan anggaran keluasan 60 kaki x 80 kaki, manakala sebuah lagi rumah berhampiran turut terjejas kira-kira tiga peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran tersebut berlaku kira-kira 200 kaki dari kawasan Rumah Pinggan dan 300 kaki dari Rumah Grace Itun.

Komander operasi segera melakukan penilaian awal dan mengarahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.

“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 1.13 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran kereta di Kampung Budaya berjaya dipadamkan
Next: Kebakaran awal pagi musnahkan dua gerai di Pasar Lapok Tinjar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.