Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sembilan maut, bas terbakar dalam kemalangan di India
  • GLOBAL

Sembilan maut, bas terbakar dalam kemalangan di India

Utusan Sarawak 4 hours ago
BAS membawa 32 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Bengaluru ke Shivamogga apabila kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Nasional-48.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas terbakar sejurus berlanggar dengan sebuah trak kontena di selatan India pada awal Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Pegawai berkata kejadian itu berlaku di Daerah Chitradurga, negeri Karnataka.

Menurut laporan, bas yang membawa 32 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Bengaluru ke Shivamogga apabila kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Nasional-48.

Bas berkenaan terbakar akibat impak perlanggaran itu, kata pegawai kanan polis Ravikanthe Gowda kepada pemberita sambil mengesahkan jumlah korban.

Gowda berkata kebanyakan mangsa rentung di dalam kenderaan itu manakala penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Laporan menyebut bas itu dirempuh oleh trak yang datang dari arah bertentangan selepas kenderaan berkenaan merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar bas tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau sedih dengan kejadian itu.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mereka yang cedera segera sembuh,” tulis Modi di platform X. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taman tema imersif ‘pertama di dunia’ di Tokyo bakal ditutup
Next: Tiga kapal selam laut dalam bermanusia China lakar kejayaan dalam misi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.