
TOKYO: Sebuah taman tema di Tokyo yang mendakwa dirinya sebagai tarikan imersif sepenuhnya pertama di dunia akan ditutup pada 28 Februari, kira-kira dua tahun selepas dibuka, menurut pengendalinya pada Khamis, lapor Kyodo News.
Projek Immersive Fort Tokyo itu “menyimpang jauh daripada pelan asal, termasuk dari segi kewangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Katana Inc., Tsuyoshi Morioka, dalam satu kenyataan. Kemudahan berkenaan dilancarkan di daerah komersial popular Odaiba.
Taman tema itu dikenali kerana menghidupkan semula dunia novel dan anime melalui persembahan video serta secara langsung, membolehkan pengunjung mengambil peranan sebagai watak dalam penceritaan berkenaan.
Katana turut menerajui pembangunan Junglia Okinawa, sebuah taman tema imersif alam semula jadi yang dibuka di selatan Jepun pada 2025 dan terbukti popular dalam kalangan pelancong domestik serta asing. – Bernama