Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kejutan Krismas: Catherine dan Charlotte persembahkan duet piano
  • GLOBAL

Kejutan Krismas: Catherine dan Charlotte persembahkan duet piano

Utusan Sarawak 9 hours ago
PUTERI Catherine dari Britain bersama anak perempuannya, Charlotte, berganding bahu mempersembahkan persembahan duet piano.

LONDON: Puteri Catherine dari Britain bersama anak perempuannya, Charlotte, berganding bahu mempersembahkan persembahan duet piano menerusi klip prarakaman yang ditayangkan sempena siaran ulangan perkhidmatan koir Krismas, semalam.

Duduk bersebelahan, Catherine hanya menggunakan tangan kiri manakala Charlotte yang berusia 10 tahun kelihatan tekun dan fokus menggunakan tangan kanan. Pasangan ibu dan anak itu memainkan petikan karya komposer Scotland, Erland Cooper.

Dirakam dalam Istana Windsor, persembahan tersebut dipaparkan pada permulaan siaran ulangan di saluran ITV bagi acara tahunan ‘Together at Christmas’ yang berlangsung di Westminster Abbey, London, dan dianjurkan oleh Catherine pada awal Disember lalu.

Rakaman berkenaan menjadi kejutan kepada penonton kerana ia tidak ditayangkan ketika siaran asal saluran tersebut.

Catherine, yang menjadi hos acara itu buat kali kelima tahun ini, merupakan antara ahli keluarga diraja Britain yang paling popular.

Bakal ratu berusia 43 tahun itu mengumumkan pada September 2024 bahawa beliau bebas kanser, beberapa bulan selepas mendedahkan pada Mac tahun sama bahawa beliau menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser yang tidak didedahkan.

Beliau dan pewaris takhta, Putera William, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putera George berusia 12 tahun, Charlotte berusia 10 tahun dan Putera Louis berusia tujuh tahun. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Krisis sempadan jejaskan pelancongan di Kuil Angkor, Kemboja
Next: Korea Selatan lapor tiga kes baharu selesema burung di ladang ternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.