Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
  • SEMASA

Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati

Utusan Sarawak 5 hours ago
Foto Facebook Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak rakyat Malaysia menjadikan sambutan perayaan sebagai wadah untuk terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian selain saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta agama.

Menerusi ucapan sempena sambutan Krismas di X hari ini, beliau mengingatkan rakyat agar sentiasa menghindari sebarang unsur, tutur kata atau tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan, keresahan atau salah faham mana-mana pihak dalam meraikan kepelbagaian yang menjadi identiti Malaysia.

Fadillah berkata sensitiviti agama, kaum dan budaya wajar sentiasa dipelihara agar keharmonian yang dinikmati terus terjamin manakala perbezaan latar belakang bukan alasan untuk berpecah sebaliknya menjadi kekuatan untuk rakyat bersatu padu.

“Dengan semangat toleransi, saling memahami dan menghormati, setiap perayaan yang diraikan mampu menjadi asas kukuh kepada perpaduan nasional.

“Ayuh! marilah kita terus berganding bahu, mengetepikan perbezaan dan bersama-sama membina ekonomi negara yang mampan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata perpaduan dalam kepelbagaian adalah tunjang kepada kestabilan, kemakmuran dan masa depan negara yang lebih sejahtera selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

“Semoga keamanan, keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi hari ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

-BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perutusan: Premier Sarawak tekankan perpaduan, pembangunan dan masa depan ekonomi negeri
Next: Uggah zahir ucapan Selamat Hari Krismas 2025 dan Tahun Baharu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.