Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Disember
  • NASIONAL

Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Disember

Utusan Sarawak 4 hours ago
Gambar hiasan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak lapan sen dan enam sen masing-masing kepada RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Dis 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan lapan sen kepada RM2.94 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tradisi pulang ke kampung, warnai sambutan krismas di Sarawak dan Sabah
Next: Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil – LPPKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.