Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • BISNES

Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam.

Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490/0530 pada 3 Mac 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata pada November, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 91.7 mata.

Beliau berkata ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam.

“Sehubungan itu, ringgit berpotensi mengekalkan momentum positifnya, disokong oleh data ekonomi terkini AS,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5934/6076 daripada paras 2.6039/6072 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718/5015 daripada 5.4851/4918, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.7762/8022 daripada 4.7901/7960.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524/1701 daripada 3.1607/1648, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0126/0921 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2/242.6 daripada 241.9/242.3 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.92 daripada 6.90/6.91 sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: FBM KLCI dibuka rendah berikutan aktiviti pemgambilan untuk walaupun pasaran meluas kukuh
Next: Aktiviti pengambilan untung asak FBM KLCI dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.