Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM25.9 juta pacu pembangunan Pantai Tanjung Kembang Kabong
  • Selatan
  • WILAYAH

RM25.9 juta pacu pembangunan Pantai Tanjung Kembang Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Cadangan Pembangunan Medan Selera dan Inap Desa serta Naik Taraf Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM25.9 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan tiga projek utama bagi membangunkan kawasan Pantai Tanjung Kembang Kabong, sekali gus memperkukuh sektor pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan tersebut melibatkan cadangan pembangunan Medan Selera dan Inap Desa bernilai RM15.9 juta serta naik taraf fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong dengan kos RM10 juta.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Cadangan Pembangunan Medan Selera dan Inap Desa serta Naik Taraf Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, hari ini.

Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Cadangan Pembangunan Medan Selera dan Inap Desa serta Naik Taraf Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Menurut Chee Kadir, pelaksanaan projek berkenaan adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa pembangunan pelancongan luar bandar, di samping menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan moden kepada pengunjung serta penduduk setempat.

Dalam mesyuarat tersebut, Setiausaha Majlis Daerah Saratok (MDS), Mccrea Joseph Pererra memaklumkan mengenai konsultan yang berjaya dilantik bagi melaksanakan projek berkenaan, selain membentangkan perincian skop bagi kedua-dua projek pembangunan yang dirancang.

Turut dibincangkan ialah isu berkaitan sempadan tanah bagi projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), khususnya melibatkan kawasan parkir Pantai Tanjung Kembang, bagi memastikan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur dan bersepadu.

Dato Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Cadangan Pembangunan Medan Selera dan Inap Desa serta Naik Taraf Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Sejurus tamat mesyuarat, satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau lokasi sebenar pelaksanaan kedua-dua projek tersebut, bertujuan memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat memberi impak tinggi serta memenuhi keperluan pembangunan pelancongan dan ekonomi setempat.

Pembangunan ini dijangka menjadi pemangkin kepada pengukuhan prasarana pelancongan Pantai Tanjung Kembang, sekali gus memberikan manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat dan Daerah Kabong secara keseluruhan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek infrastruktur PNK Kabong pacu ekonomi nelayan tempatan
Next: Pematuhan peraturan jalan raya ditekankan sempena sambutan Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.