Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pematuhan peraturan jalan raya ditekankan sempena sambutan Krismas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pematuhan peraturan jalan raya ditekankan sempena sambutan Krismas

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEMPEN Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Krismas 2025 Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Semua pemandu dan penunggang motosikal yang pulang ke kampung sempena cuti Krismas digesa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sikap berhemah ketika memandu amat penting terutama dalam tempoh perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Menurut beliau, pematuhan kepada had laju, penggunaan tali pinggang keselamatan serta topi keledar, selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik mampu mengurangkan risiko kemalangan dan tragedi yang tidak diingini.

Beliau berkata demikian sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Krismas 2025 Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini.

PENUNGGANG motosikal menerima beg barangan sebagai simbol galakan pemanduan selamat sempena Krismas. Foto: ADUN Kalaka

Majlis perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang yang mewakili ADUN Kalaka, sekali gus menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.

Dalam ucapannya, Mohamad Duri menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, mengelakkan pemanduan berbahaya dan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya setiap perjalanan berakhir dengan selamat di destinasi masing-masing.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua agensi serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen keselamatan jalan raya berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, aktiviti penyerahan beg barangan kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal turut dilaksanakan di tepi jalan raya berhadapan Pejabat Daerah Saratok sebagai simbol peringatan dan galakan pemanduan selamat.

Program ini juga bertujuan mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat selain menyampaikan mesej keselamatan secara langsung kepada pengguna jalan raya.

Turut hadir memeriahkan program ialah James Jimbun mewakili ADUN Krian, Pegawai Daerah Saratok Mohammad Dino Amid, Pegawai Daerah Kabong Tahir Mohd Sharee, Pegawai Daerah Betong Laga Kueh, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Nanga Budu Hatta Adenan, ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM25.9 juta pacu pembangunan Pantai Tanjung Kembang Kabong
Next: Warisan silat diperkasa: Sumbangan RM15,000 kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.