Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesedaran pencegahan kebakaran diperkasa di rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Kesedaran pencegahan kebakaran diperkasa di rumah panjang

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAKLIMAT… Mahmudin Narudin mengadakan taklimat ringkas berkenaan keselamatan dan pencegahan kebakaran. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Usaha meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kebakaran diteruskan apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menyantuni penduduk rumah panjang menerusi program kesedaran awam yang diadakan di kawasan jagaannya, semalam.

Ketua Balai BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut dilaksanakan pada 2.00 petang sebagai usaha memberi pendedahan awal kepada komuniti rumah panjang berkaitan aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di premis kediaman.

“Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran penduduk rumah panjang terhadap risiko kebakaran serta langkah pencegahan yang boleh diambil di peringkat awal.

“Saya dan anggota bomba berkunjung ke Rumah Caroline Insat Minggu yang mempunyai 18 pintu dan Rumah Johnson (22 pintu).

“Antara pengisiannya adalah taklimat ringkas berkaitan kesedaran kebakaran dan langkah pencegahan kebakaran, khususnya di kediaman jenis rumah panjang yang berisiko tinggi sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, penekanan diberikan kepada pencegahan awal kerana kebakaran di rumah panjang boleh merebak dengan pantas dan memberi kesan besar kepada penduduk.

“Kami turut mengadakan perbincangan bersama penduduk berkaitan cadangan penubuhan pasukan Bomba Komuniti di rumah panjang sebagai langkah kesiapsiagaan awal.

“Pasukan Bomba Komuniti berperanan membantu mengawal keadaan dan mengambil tindakan awal sementara menunggu ketibaan pasukan bomba sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Miri laksana Operasi Khas Krismas 2025
Next: Keharmonian berbilang agama asas perpaduan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.