Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM dalam proses bawa pulang aset 1MDB
  • NASIONAL

SPRM dalam proses bawa pulang aset 1MDB

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses membawa pulang aset-aset bernilai tinggi yang berkaitan dengan usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, SPRM ketika ini sedang menilai keperluan logistik serta kos yang terlibat bagi  membawa pulang aset-aset berkenaan.

Dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo dipegang Christie’s dan Sotheby’s Auction House Amerika Syarikat (AS), antaranya Pablo Picasso L’Ecuyere et les clowns (1961); Joan Miró Composition (1953); William H. Bailey Still Life (b. 1930); Alexander Calder Studies for Sculpture (1898-1976) dan Henri Matisse Femme Assise (1869-1954), yang kesemuanya bernilai melebihi AS$30 juta.

“Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui penghantaran, manakala aset yang berada di bawah jagaan Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya melalui kerjasama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

“Kos membawa pulang aset-aset ini adalah tinggi kerana ia memerlukan ruang penyimpanan khas, pemeriksaan berkala, rawatan konservasi serta penyelenggaraan berterusan, selain memerlukan koordinasi yang rapi dengan agensi penguatkuasaan asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu berkata pemulangan aset-aset itu telah dipersetujui sebagai sebahagian usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB serta hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Dis lepas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi memberitahu SPRM masih meneruskan pengesanan dan siasatan ke atas pelbagai kategori aset termasuk hartanah, aset kewangan dan aset bernilai tinggi melibatkan jurisdiction (bidang kuasa) berbeza.

Beliau berkata terbaharu siasatan turut melibatkan individu (Casey Tang) yang dikaitkan dengan kesalahan 1MDB yang memiliki kediaman mewah di luar negara serta penyelewengan melibatkan firma guaman luar negara.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kamus Braille kanak-kanak kembalikan hak membaca murid cacat penglihatan
Next: SSPA Fasa 2: Prestasi jadi penentu, senioriti bukan lagi jaminan ganjaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.