Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan menerusi rondaan MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan menerusi rondaan MTL

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMANTAUAN…..Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan tersebut dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

“Pemantauan dijalankan di Taman Bintang pada malam tadi, manakala di Jalan Kelupu pada tengah malam tadi oleh dua orang anggota bomba.

“Sepanjang rondaan dijalankan, keadaan paras air di kawasan yang dipantau didapati berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

PEMANTAUAN…..Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Bintangor

Katanya, hujan renyai turut berlaku semasa rondaan pemantauan dijalankan.

“Pemantauan berterusan ini penting bagi memastikan sebarang perubahan keadaan dapat dikesan lebih awal dan tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya diperlukan.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jabatan Kecemasan HUS terima sumbangan 10 kerusi menunggu, tujuh kerusi rawatan
Next: ASEZ WAO kumpul 2,500kg sampah menerusi Projek Green Earth di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.