Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cederakan wanita dengan topi keledar, lelaki ditahan polis di Kuching
  • JENAYAH

Cederakan wanita dengan topi keledar, lelaki ditahan polis di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN… Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan kes mendatangkan cedera menggunakan topi keledar dalam kejadian di hadapan Bangunan LHDN, Jalan Bukit Mata, Kuching, pada 19 Disember lalu. Foto IPD Kuching

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di hadapan Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jalan Bukit Mata di sini, pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku sekitar 10.50 pagi apabila suspek dipercayai bertindak agresif terhadap mangsa susulan pertengkaran mulut.

Mangsa, seorang wanita tempatan berusia sekitar 42 tahun, mengalami kecederaan akibat serangan tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan menggunakan kekerasan fizikal, sebaliknya menyerahkan sebarang pertikaian kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.