Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia anjur Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN bincang situasi Kemboja-Thailand esok
  • NASIONAL

Malaysia anjur Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN bincang situasi Kemboja-Thailand esok

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN akan menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi Terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur pada 22 Disember.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan mesyuarat khas itu adalah susulan kepada persetujuan yang dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kemboja dan Thailand pada 11 Disember lalu.

“Mesyuarat Khas itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Ia akan memberikan satu wadah kepada Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN untuk bertukar pandangan mengenai situasi semasa antara Kemboja dan Thailand, serta mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ASEAN bagi menyokong usaha berterusan untuk meredakan ketegangan dan menghentikan permusuhan, demi keamanan dan kestabilan antara kedua-dua negara anggota ASEAN itu serta rantau ini secara keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata penganjuran Mesyuarat Khas terbabit mencerminkan komitmen terhadap perpaduan dan solidariti ASEAN, serta pematuhan kepada Kepusatan ASEAN dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau, selaras dengan Piagam ASEAN dan Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia – TAC).

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited memainkan peranan yang konstruktif dalam memudah cara dialog berlandaskan semangat ASEAN, dan dalam hal itu, untuk membantu kedua-dua pihak agar terus menjunjung prinsip undang-undang antarabangsa, hubungan kejiranan yang baik termasuk kewujudan bersama secara aman, serta kerjasama dua hala dan pelbagai hala ke arah mencapai penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan terhadap sebarang pertikaian,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kementerian Komunikasi perluas keselamatan internet, terus perkasa penyampaian maklumat pada 2026 – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.