


BAU: Seekor buaya gergasi sepanjang 4.5 meter dengan berat 450 kilogram (kg) berjaya ditangkap di sungai berdekatan Siniawan, di sini, hari ini.
Berdasarkan kenyataan di facebook Sarawak Crocter, buaya tersebut dipindahkan dengan jayanya oleh pasukan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Sarawak Crocter.



Pasukan berkenaan berjaya melaksanakan operasi itu, walaupun berdepan cabaran saiz buaya dan kelengkapan pengangkutan.
Penduduk setempat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan aktiviti berhampiran sungai, terutama pada waktu tertentu, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.