Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 146 kanak-kanak sertai Sunathon 2025 di Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

146 kanak-kanak sertai Sunathon 2025 di Hospital Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
KANAK-KANAK disembur dengan air menggunakan pili bomba sebagai simbolik sebelum upacara berkhatan dijalankan. Foto UKAS

MIRI: Suasana ceria menyelubungi Hospital Miri apabila seramai 146 kanak-kanak menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai Sunathon 2025, sekali gus menjadi pengalaman penting dalam fasa awal perkembangan mereka menuju alam remaja.

Program tahunan anjuran Hospital Miri itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni, di Bilik Seminar Bario, Aras 2, Blok B Hospital Miri, hari ini.

Berucap pada majlis itu, Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti, merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak Hospital Miri serta semua petugas kesihatan yang terlibat atas komitmen dan dedikasi menjayakan Program Sunathon 2025.

Beliau berkata, program berkhatan beramai-ramai tersebut dilaksanakan secara serentak di seluruh Sarawak dengan penglibatan hampir 1,600 peserta, manakala Hospital Miri merekodkan penyertaan seramai 146 kanak-kanak.

“Pelaksanaan prosedur berkhatan secara klinikal, selamat serta mengikut piawaian perubatan bukan sahaja menjamin kesejahteraan peserta, malah memberi ketenangan kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau turut menjelaskan penglibatan peserta daripada pelbagai kaum membuktikan bahawa amalan berkhatan merupakan satu budaya kesihatan yang baik dan tidak terhad kepada masyarakat Islam semata-mata.

Sehubungan itu, beliau berharap sokongan berterusan daripada kerajaan, wakil rakyat serta pihak berkaitan dapat diteruskan bagi memastikan kelangsungan program seumpama ini pada masa hadapan.

​Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 400 penduduk terima sumbangan bakul makanan daripada Ji Yuan Shan She Saratok
Next: KPDN tetapkan harga maksimum 14 barangan keperluan sempena Krismas 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.