Uggah, Dr Abdul Latiff lawat Ladang Kelapa Sawit Sebako

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
LAWATAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Dr Abdul Latiff dan tetamu lain melawat Ladang Sawit SALCRA Sebako Fasa 4, Kampung Sebiris.

LUNDU: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Ladang Sawit SALCRA Sebako Fasa 4 di Kampung Sebiris, baru-baru ini.

Ia berikutan bagi melihat sendiri projek Baharu Pembangunan Tanah Bagi Tanaman Kelapa Sawit untuk Ladang Kelapa Sawit Sebako.

Lawatan kerja diadakan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Bersama Perancangan dan Pemantauan Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Seramai 58 peneroka di kalangan Bidayuh Selako di Kampung Sebiris telah menyertai skim berkenaan.

Antara cadangan yang dianjurkan pada lawatan berkenaan adalah agar projek ini dapat dibangunkan dengan keluasan tanah seluas 414 hektar.
Bagaimanapun, hanya 114 hektar tanah yang terdiri daripada 101 lot yang sudah dibangunkan sehingga kini.

Para peneroka dijangka memperolehi faedah seperti pulangan secara keuntungan kepada pemilik tanah, peluang pekerjaan pekerja am dan peladang, kebolehcapaian ke kawasan sekeliling, menciptakan peluang perniagaan dan pemberian geran tanah.

Oleh Cheryl Law

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis