Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 800 anjing terima perlindungan rabies melalui program komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

800 anjing terima perlindungan rabies melalui program komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago
PROGRAM ANTI RABIES….Lau (lima kiri)bersama yang lain menyaksikan petugas Veterinar menyuntik seekor anjing pada program terakhir di Taman Tasik Permai, hari ini.

SIBU: Kira-kira 800 ekor anjing telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksinasi Anti Rabies anjuran Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu sepanjang penganjuran program tersebut tahun ini.

Presiden persatuan, Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, setiap lokasi merekodkan jumlah yang berbeza dengan purata sekitar 100 ekor anjing menerima suntikan vaksin anti rabies pada setiap program.

“Walaupun tiada data rasmi mengenai jumlah keseluruhan populasi anjing di Sibu, kami percaya masih ramai pemilik yang belum membawa anjing mereka untuk divaksin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program kesembilan (program vaksinasi terakhir hari ini) di Taman Tasik Permai, hari ini.

Lau memberitahu, program vaksinasi dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan mereka dalam memastikan anjing peliharaan divaksin bagi mencegah rabies.

Katanya, kesinambungan program ini pada tahun hadapan bergantung kepada kelulusan peruntukan kewangan daripada Pejabat Residen Bahagian Sibu.

“Setiap tahun, kita akan mengemukakan permohonan peruntukan kepada Pejabat Residen dan setakat ini mereka sentiasa memberi sokongan. Kita berharap sokongan ini dapat diteruskan pada tahun depan,” ujarnya.

Beliau berkata, program untuk tahun hadapan kemungkinan akan bermula sekitar bulan Mac, tertakluk kepada kelulusan bajet daripada pihak berkuasa berkaitan.

SUNTIKAN….Petugas Veterinar memberikan suntikan anti rabies kepada seekor anjing semasa Program Vaksinasi Anti Rabies di Taman Tasik Permai, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata program vaksinasi di setiap kawasan dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setempat yang turut membantu mengenal pasti lokasi yang sesuai.

“Kita berharap penduduk dapat mencadangkan lokasi yang strategik supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Lau turut menggesa pemilik anjing agar lebih bertanggungjawab dengan tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka bebas berkeliaran di jalanan kerana risiko jangkitan rabies adalah lebih tinggi.

“Jika anjing ini dijaga dengan baik di dalam kawasan rumah, risiko jangkitan rabies adalah lebih rendah. Ini adalah tanggungjawab pemilik demi keselamatan masyarakat,” tegasnya.

Walaupun jumlah kes gigitan anjing dilaporkan tidak tinggi, beliau percaya rabies merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Kita berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan vaksinasi dan tanggungjawab pemilik anjing untuk membawa haiwan peliharaan mereka mendapatkan suntikan vaksin,” tambahnya.

Program kali kesembilan ini turut mendapat kerjasama Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu serta JKKK Jalan Oya Batu 2 – 6.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bomba Lutong bantu lelaki buka kereta terkunci
Next: 400 penduduk terima sumbangan bakul makanan daripada Ji Yuan Shan She Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.