Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • IEM Sarawak bantu ekonomi capai kemajuan lebih mampan
  • BISNES

IEM Sarawak bantu ekonomi capai kemajuan lebih mampan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SAKSI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran tiga Surat Hasrat (LOI) yang berasingan di antara IEM Sarawak dengan Akademi Semikonduktor Maju Malaysia (ASEM), SOLARVEST dan Saint-Gobain Malaysia, selain pertukaran Memorandum Persefahaman di antara IEM Sarawak dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak, berperanan penting dalam membantu ekonomi negeri mencapai kemajuan yang lebih mampan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, isu perubahan iklim kini menjadi tumpuan dunia yang perlu ditangani demi masa depan generasi akan datang.

Kini, Sarawak menerusi agenda ekonomi hijau, terus komited untuk meneroka industri tenaga boleh diperbaharui, bagi menangani kebergantungan terhadap tenaga fosil, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon.

UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis makan malam Tahunan Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) Sarawak di Kuching, semalam. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

Justeru, IEM turut memainkan peranan besar menjadi penggerak inovasi dalam pembangunan infrastruktur yang diperlukan, bagi merealisasikan agenda tersebut.

Abang Johari mempunyai keyakinan yang tinggi dalam perlaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), akan melahirkan lebih ramai jurutera tempatan bertauliah, sebagai pemangkin kepada sektor kejuruteraan di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam Tahunan Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) Sarawak di sini, semalam.

PENERANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendengar penerangan pada majlis makan malam Tahunan Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) Sarawak di Kuching, semalam. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

Dalam majlis yang sama, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran tiga Surat Hasrat (LOI) yang berasingan di antara IEM Sarawak dengan Akademi Semikonduktor Maju Malaysia (ASEM), SOLARVEST dan Saint-Gobain Malaysia, selain pertukaran Memorandum Persefahaman di antara IEM Sarawak dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Turut hadir Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Presiden IEM, Profesor Insinyur Jeffrey Chiang Charles Ong Luin dan Pengerusi IEM Cawangan Sarawak, Insinyir. Dr. Angelia Liew San Chuin.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan KLCI dijangka menunjukkan momentum meningkat minggu depan
Next: Sarawak perhalusi import dan eksport padi, Lembaga Padi bakal ditubuhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.