Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khidmat khas bomba bantu selesaikan kes pintu kereta terkunci
  • Tengah
  • WILAYAH

Khidmat khas bomba bantu selesaikan kes pintu kereta terkunci

Utusan Sarawak 8 hours ago
KHIDMAT KHAS…. Anggota bomba menjalankan khidmat khas membuka pintu kereta terkunci, awal pagi tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas anggota bomba berjaya membuka pintu sebuah kereta yang terkunci dalam operasi khidmat khas yang dijalankan awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pintu kereta terkunci pada 1.21 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta milik pengadu telah terkunci di parkir depan salah sebuah kedai makan. 

“Operasi membuka pintu kereta terkunci dimulakan pada 1.25 pagi dengan kekuatan tiga anggota bomba yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Gara Ensonin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pintu kereta dibuka menggunakan peralatan khas.

“Anggota bomba menggunakan alat khas untuk membuka pintu kereta pengadu bagi memastikan keadaan dapat diselesaikan dengan selamat.

“Pintu kereta berjaya dibuka dalam tempoh lebih kurang 12 minit. Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 1.37 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Miri, AADK laksanakan Operasi Khas sempena Krismas 2025
Next: Integriti dan disiplin tumpuan utama dalam Dialog Bulanan PPS Disember 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.