Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan
  • JENAYAH

Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan

Utusan Sarawak 17 hours ago
MAYAT wanita ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam. Foto Bernama

SEREMBAN: Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi.

“Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bernama hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.

Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan
Next: 2,685 pemilik kenderaan mewah gagal perbaharui LKM – JPJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.