Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI pertama di Sibu dilancarkan
  • TEKNOLOGI

Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI pertama di Sibu dilancarkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK KENANGAN… Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley merakam kenangan bersama yang lain di hadapan Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI yang pertama terletak di Dataran Sibu Fasa 2. Foto Facebook Izkandar Roseley

SIBU: Sibu secara rasminya hari ini telah melangkah satu langkah bermakna ke arah mobiliti lestari dengan pelancaran Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI yang pertama terletak di Dataran Sibu Fasa 2.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, kemudahan ini dilengkapi pengecas pantas DC berkapasiti 120kW dengan dua petak pengecasan, menawarkan pengecasan secara bayar mengikut penggunaan pada kadar RM1.40/kWh. 

Menurutnya, pengecasan DC menyediakan kadar pengecasan yang jauh lebih pantas berbanding pengecas AC, sekali gus sesuai untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh.

“Stesen ini ditempatkan secara strategik bersebelahan stesen Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi memastikan bekalan kuasa yang stabil dan boleh dipercayai,” jelasnya.

KAUNSELOR Mohammed Abdullah Izkandar Roseleymenyempurnakan Majlis Pelancaran Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI yang pertama di Dataran Sibu Fasa 2, hari ini. Foto Facebook Izkandar Roseley
KEMUDAHAN Stesen Pengecasan Pantas DC EV SEB GENTARI yang pertama terletak di Dataran Sibu Fasa 2. Foto Facebook Izkandar Roseley

Beliau memberitahu, beberapa lagi lokasi pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Sibu juga telah dikenal pasti untuk pelaksanaan pada masa hadapan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Victor Ranyis dan pasukan SEB atas usaha memacu inisiatif ini, Jabatan Tanah dan Survei atas kelulusan tapak, serta Jawatankuasa Kerja dan Trafik MPS atas kelulusan penggunaan petak parkir bagi menyokong infrastruktur pengecasan EV,” ujarnya.

Beliau menambah, pembayaran adalah secara bayar mengikut penggunaan dan boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi SETEL atau dengan mengimbas kod QR pada pengecas.

“Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting dalam menyokong penggunaan EV serta pembangunan rendah karbon di Sarawak,” katanya lagi.

Terdahulu, Izkandar telah menyempurnakan Majlis Pelancaran stesen pengecasan pantas DC EV SEB GENTARI yang pertama di Dataran Sibu Fasa 2.

Oleh Akun Giman

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh kerjasama dengan CAAM dalam pembangunan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.