Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen, jumlah bayaran RM10.4 bilion bagi tahun kewangan 2025
  • BISNES

PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen, jumlah bayaran RM10.4 bilion bagi tahun kewangan 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

PNB menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion sekali gus mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.

“Kami menyedari cabaran yang lebih besar iaitu kekurangan simpanan dan keperluan untuk memupuk tabiat menabung yang lebih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Berikutan itu, kami merancang untuk mempergiatkan usaha literasi kewangan kami, berpandukan Matlamat kami untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PNB, ASB mengekalkan kadar pengagihan dividen berbanding pada 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29 peratus kepada 346 mata asas.

ASNB mengagihkan dividen berjumlah RM15.3 bilion pada 2025, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan sejak penubuhannya mencecah RM279 bilion, tambah PNB.

PNB memaklumkan pencapaian itu mencerminkan trajektori prestasi yang positif dan konsisten merentas semua 18 dana unit amanahnya, termasuk ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi dana harga tetap, serta ASN Equity, ASN Imbang dan ASN Sara bagi dana harga berubah-ubah.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu menyatakan kadar pengagihan bagi dana harga tetap ASNB meningkat tahun ke tahun, mengekalkan jurang yang baik di atas purata penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan, sekali gus memastikan pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit.

Pada masa sama, dana harga berubah-ubah ASNB terus menunjukkan prestasi kukuh, dengan kesemua dana mengatasi penanda aras masing-masing dan empat daripada 12 dana berada dalam kuartil teratas bagi segmen masing-masing, berdasarkan pulangan tiga tahun berturut-turut, menurut PNB.

“Prestasi berdaya tahan ini didorong oleh portfolio pelaburan yang semakin dipelbagaikan, disokong oleh peruntukan aset yang berhemat, strategi pelaburan yang berdisiplin dan pengurusan risiko yang proaktif,” tambah syarikat itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad pula berkata ketika PNB memasuki tahun kedua pelaksanaan Pelan Strategik LEAP-6 PNB, pihaknya telah mencatatkan prestasi yang baik merentas fokus utama, iaitu meningkatkan aliran masuk bersih pelanggan, menyampaikan pengagihan pendapatan yang mampan kepada pemegang unit, serta memperkukuh modal proprietari PNB.

“Ini telah menghasilkan peningkatan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 4.5 peratus kepada RM364 bilion. Kami telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan sepanjang tahun leoas dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran AUM sebanyak RM400 bilion menjelang 2027,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Jumlah pemegang akaun unik ASNB kekal stabil pada 13 juta, disokong oleh pertambahan kasar sebanyak 560,000 pemegang akaun sepanjang tahun, mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan orang ramai yang berterusan, menurut PNB.

Menjelang 2026, PNB akan mempergiat usaha untuk meningkatkan simpanan rakyat Malaysia, berasaskan kepada kempen #KitaGenerasiLabur, inisiatif simpanan berkala digital Auto Labur, dan Pandu Impianmu, serta disokong oleh pemangkin baharu seperti kaedah pembayaran zakat berasaskan khultah menggunakan pendekatan AlMustaghallat mulai suku kedua 2026.

Abdul Rahman berkata #KitaGenerasiLabur adalah seruan PNB kepada rakyat Malaysia merentas semua generasi untuk mengubah pemikiran mereka dan mengambil tanggungjawab terhadap masa depan kewangan mereka dengan memulakan simpanan dan pelaburan lebih awal, melabur secara berkala, serta mengekalkan disiplin.

Beliau berkata analitik yang dipertingkatkan membolehkan kami memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik, seterusnya melaksanakan kempen yang lebih bersasar bagi menangani perubahan tingkah laku tersebut.

“Melangkah hadapan, kami kekal berhati-hati terhadap prospek pelaburan bagi 2026, memandangkan pasaran modal global terus menghadapi ketidaktentuan dan turun naik ekoran perubahan struktur yang mendalam dalam landskap ekonomi global.

“Perkara itu, termasuk gangguan dasar perdagangan dan kebimbangan terhadap potensi kemungkinan penilaian berlebihan, terutama dalam pelaburan berasaskan AI,” katanya.

Presiden PNB juga berkata di peringkat domestik, PNB akan bekerjasama rapat dengan penggubal dasar dan pemain pasaran utama.

Langkah itu bertujuan mempercepat reformasi serta meningkatkan prestasi korporat yang diperlukan bagi mengukuhkan daya saing pasaran ekuiti domestik, memastikan ia mencerminkan asas ekonomi dan pertumbuhan Malaysia yang kukuh, dipacu oleh kerangka MADANI di samping merangsang pelaburan domestik dan menggalakkan pertumbuhan inklusif.

PNB menjelaskan Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026.

Transaksi ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 27 hingga 31 Disember, 2025.

Pemegang unit boleh menyambung semula transaksi melalui semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari, 2026 dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB mulai 2 Januari, 2026, jelasnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi disokong pengukuhan ringgit, kenaikan pasaran serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.