Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komander Briged Sarawak PGA hargai sumbangan warga Briged
  • TEMPATAN

Komander Briged Sarawak PGA hargai sumbangan warga Briged

Utusan Sarawak 8 hours ago
Perhimpunan Bulanan Briged Sarawak PGA yang berlangsung di Dataran Kawad Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA hari ini. Foto: Briged Sarawak PGA

KUCHING: Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Lim Bak Phai, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Briged Sarawak PGA atas sumbangan serta komitmen cemerlang dalam aspek urus tadbir sepanjang 2025. 

Beliau menegaskan kejayaan dan kelancaran pengurusan briged adalah hasil kerjasama berpasukan, disiplin tinggi serta dedikasi berterusan setiap pegawai dan anggota.

Perhimpunan Bulanan Briged Sarawak PGA yang berlangsung di Dataran Kawad Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA hari ini. Foto: Briged Sarawak PGA

Perhimpunan Bulanan Briged Sarawak PGA yang berlangsung di Dataran Kawad Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA hari ini menjadi platform penting bagi penyampaian amanat kepimpinan, pengukuhan disiplin serta penilaian pencapaian semasa pasukan. 

Majlis ini dihadiri Komander Briged Sarawak PGA, Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Batu Kawa, Superintenden Ku Majidin Che Ku Jusoh, bersama pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat Briged dan Batalion 11 PGA.

Selain itu, anggota PGA pelbagai pangkat dan pegawai awam turut hadir, menyemarakkan majlis dengan semangat ‘Cekal, Berani dan Setia’. 

Perhimpunan Bulanan Briged Sarawak PGA yang berlangsung di Dataran Kawad Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA hari ini. Foto: Briged Sarawak PGA

Pada majlis berkenaan, Komander Briged Sarawak PGA menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis (PRP) dan KTA daripada Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA dan Batalion 11 PGA sebagai pengiktirafan atas khidmat bakti dan prestasi cemerlang mereka.

SAC Lim Bak Phai menggesa agar momentum kecemerlangan ini diteruskan dengan memperkukuh integriti, profesionalisme dan semangat setiakawan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Beliau menekankan bahawa perhimpunan bulanan bukan sahaja menjadi wadah penyampaian maklumat dan hala tuju organisasi, malah medium penting untuk menyatukan tekad seluruh warga Briged Sarawak PGA ke arah kecemerlangan berterusan.

Turut hadir Ajutan Briged, PTG Briged, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai Kanan, PRP dan KTA Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PCDS 2030 utamakan Pembangunan Modal Insan
Next: Sarawak guna duit negeri dahulu bina Pusat Kanser, Kerajaan Persekutuan bayar balik kemudian – Premier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.