Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PCDS 2030 utamakan Pembangunan Modal Insan
  • TEMPATAN

PCDS 2030 utamakan Pembangunan Modal Insan

Utusan Sarawak 5 hours ago
Mohamad Duri merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sesi 2025 SK Kampung Kupang, Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) meletakkan Pembangunan Modal Insan sebagai pemacu utama bagi memastikan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa pendidikan di peringkat sekolah rendah, seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang, merupakan asas fundamental dalam membentuk tenaga kerja masa depan yang berpengetahuan, berkemahiran digital, dan kreatif.

Mohamad Duri merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sesi 2025 SK Kampung Kupang, Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut beliau, agenda PCDS 2030 memberi keutamaan tinggi kepada pembangunan luar bandar bagi memastikan peluang pendidikan dan ekonomi yang saksama antara kawasan bandar dan pedalaman.

​”Anak-anak kitalah yang akan menjadi tenaga kerja yang mampu menyumbang kepada transformasi Sarawak. 

“Melalui sokongan masyarakat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kita secara langsung menyokong aspirasi pendidikan berkualiti untuk melahirkan generasi yang bersedia menghadapi ekonomi baharu, khususnya dalam bidang digital dan inovasi,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sesi 2025 SK Kampung Kupang, Saratok hari ini.

Mohamad Duri merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sesi 2025 SK Kampung Kupang, Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

​Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, Mohamad Duri turut mengumumkan beberapa inisiatif pembangunan fizikal dan bantuan kewangan untuk sekolah tersebut.

​Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM200,000 telah disalurkan bagi kerja menaik taraf padang sekolah dan infrastruktur berkaitan. Projek ini kini di peringkat lantikan kontraktor dengan Majlis Daerah Saratok sebagai agensi pelaksana.

Sebagai galakan kepada penglibatan komuniti, beliau menyumbangkan dana sebanyak RM10,000 bagi kegunaan 2026 untuk menyokong aktiviti sekolah.

​Beliau menjelaskan bahawa bantuan dana disalurkan secara bergilir-gilir melibatkan 14 institusi pendidikan di kawasan DUN Kalaka yang merangkumi 10 sekolah rendah, tiga sekolah menengah, dan sebuah Kolej Tingkatan Enam.

Mohamad Duri merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sesi 2025 SK Kampung Kupang, Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

​Pada majlis tersebut, Mohamad Duri turut menyampaikan anugerah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah, serta kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan.

​Beliau turut menitipkan pesan buat para murid yang belum berjaya agar tidak berputus asa. 

“Binakan keyakinan, baiki kelemahan, dan manfaatkan masa untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Setiap usaha yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil,” tambah beliau lagi.

​Hadir sama Guru Besar SK Kampung Kupang, Maseri Matnor, Penghulu Misis Aris, Kaunselor Aton Tar, Ketua Kaum Majenan Jamin, Ketua Kaum Jepri Johari dan Yang Dipertua PIBG SK Kampung Kupang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: GPS pastikan akses universiti lebih luas dengan pendidikan percuma
Next: Komander Briged Sarawak PGA hargai sumbangan warga Briged

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.