Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 22 pintu Rumah Regina terima manfaat projek RTP di Sungai Selidap
  • Tengah
  • WILAYAH

22 pintu Rumah Regina terima manfaat projek RTP di Sungai Selidap

Utusan Sarawak 8 hours ago
SAKSI… Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap projek RTP di Rumah Regina, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Keselamatan dan keselesaan penduduk Rumah Regina di Sungai Selidap dipertingkatkan susulan siap sepenuhnya projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM99,000 bagi kerja pendawaian semula rumah panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir bagi menyaksikan penyerahan siap projek RTP tersebut yang melibatkan 22 pintu rumah panjang.

Katanya, projek pendawaian semula itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan penduduk setempat melalui sistem pendawaian elektrik yang lebih selamat dan teratur.

“Kerja pendawaian semula ini dilaksanakan selaras dengan spesifikasi teknikal semasa bagi mengurangkan risiko kebakaran serta memastikan penggunaan bekalan elektrik yang lebih efisien dan selamat.

“Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama tiga bulan, bermula pada 20 Ogos 2025 dan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 19 November 2025 mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui media di Rumah Regina, semalam.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei bertindak sebagai agensi pelaksana projek, manakala lantikan kontraktor dibuat secara cabutan undi, selaras dengan prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan ketelusan dan kecekapan pelaksanaan projek RTP.

“Kejayaan menyiapkan projek ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap projek pembangunan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya penduduk luar bandar.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk agensi pelaksana, kontraktor dan penduduk setempat atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan projek,” katanya.

Koung Hiing juga berharap agar kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Rumah Regina serta mampu meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti hidup mereka secara berterusan.

Turut hadir Penolong Jurutera Elektrik JKR Sarikei, Harith Hisham Sabdi; Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing; serta Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Guru disanjung, murid dihargai: Graduasi SJKC Min Syn Saratok 2025
Next: Ibu kepada Dr Annuar Rapa’ee meninggal dunia pada usia 91 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.