Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rafiq–Syazirol raih emas boling acara berpasangan
  • SUKAN

Rafiq–Syazirol raih emas boling acara berpasangan

Utusan Sarawak 18 hours ago
Pemain boling negara Muhammad Rafiq Ismail (kiri) dan Muhammad Syazirol Shamsudin bersama pingat Emas yang dimenangi dengan kutipan sebanyak 470 mata dalam acara berpasangan Lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Blu-O Rythm & Bowl Major Ratchayothin hari ini. Foto BERNAMA

BANGKOK: Gandingan boling negara Muhammad Rafiq Ismail dan Muhammad Syazirol Shamsudin mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan SEA 2025 di Thailand apabila meraih pingat emas acara berpasangan lelaki di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin, hari ini.

Muhammad Rafiq mencatatkan 203 jatuhan pin manakala Muhammad Syazirol menyumbang 266 jatuhan, sekali gus mengumpul keseluruhan 470 jatuhan pin untuk menewaskan pasangan tuan rumah Lapasdanai Chusaeng-Vilinkom Kledkaew, yang merekodkan 435 jatuhan pin (215-220).

Sementara itu, satu lagi gandingan negara Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Tsen Fan Yew, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa bersama wakil Singapura selepas tewas kepada lawan sama di peringkat separuh akhir.

Mengulas kejayaan itu, Muhammad Rafiq berkata pingat emas berkenaan menebus kekecewaannya selepas tersingkir pada peringkat suku akhir acara perseorangan lelaki, Ahad lalu.

“Ini memang boleh dikatakan saya dapat melepaskan geram. Banyak juga kritikan diterima selepas kekalahan dalam acara perseorangan, namun kali ini saya telah membuktikan bahawa pingat emas ini adalah standard sebenar saya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Gandingan negara itu kini menyasarkan untuk menambah koleksi pingat emas dalam acara berpasukan lelaki yang dijadual berlangsung esok.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Muhammad Irfan raih emas ketujuh berturut-turut, cipta rekod baharu temasya
Next: Manchester United ‘mahu saya pergi’, dakwa Fernandes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.