
MARUDI:Tingkat atas sebuah restoran di sini terbakar pagi tadi, namun kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Kebakaran yang membabitkan sebuah bilik simpanan barang milik restoran berkenaan mula disedari oleh pelanggan sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi.
JBPM menerima panggilan kecemasan pada 11.57 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi tiba di lokasi pada 11.59 pagi dengan sebuah jentera serta sembilan anggota, termasuk Ketua Balai dan Pegawai Operasi.
Menurut Ketua BBP Marudi, Jessbent Jenus, punca kejadian masih dalam siasatan.
Oleh Jiku Juguong