Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa bersembunyi di reban ayam Kampung Mundu, Roban
  • WILAYAH

Ular sawa bersembunyi di reban ayam Kampung Mundu, Roban

Utusan Sarawak 8 hours ago
ULAR… Anggota APM Saratok berjaya menangkap ular sawa sepanjang lebih 3.3 meter ditemui bersembunyi di reban ayam di Kampung Mundu, Roban, pagi tadi. Foto APM Saratok

SARATOK: Seekor ular sawa sepanjang lebih 3.3 meter mencetuskan kebimbangan penduduk apabila ditemui bersembunyi di reban ayam di Kampung Mundu, Roban, sebelum berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, pagi tadi.

Menurut kenyataan APM Saratok, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.15 pagi yang memaklumkan kelibat reptilia itu di kawasan kediaman pengadu.

Susulan laporan berkenaan, seramai empat anggota Skuad Charlie APM Saratok digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer (km) dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok.

Sebaik tiba di lokasi, anggota APM menjalankan pemeriksaan rapi sebelum berjaya mengesan ular sawa berkenaan bersembunyi di celah zink serta kayu di reban ayam tersebut.

ULAR… Anggota APM Saratok berjaya menangkap ular sawa sepanjang lebih 3.3 meter ditemui bersembunyi di reban ayam di Kampung Mundu, Roban, pagi tadi. Foto APM Saratok

Operasi menangkap reptilia itu dilakukan menggunakan teknik menjerut secara selamat dan terkawal, tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota mahupun penduduk sekitar.

Ular sawa berkenaan kemudian dibawa ke PKOD Saratok untuk tindakan lanjut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Dalam pada itu, APM Saratok menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan berhampiran semak atau reban ternakan, serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan haiwan berbisa atau berbahaya bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak luluskan RM50 juta bina benteng, selamatkan Kampung Mission

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.