MOSCOW: Ujian vaksin Covid-19 syarikat farmasi AstraZeneca di Amerika Syarikat (AS) masih ditangguhkan, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Reuters memetik sumber, ujian tidak dapat dijalankan kerana masih menunggu hasil siasatan AS terhadap kesan sampingan virus itu di United Kingdom (UK), bagaimanapun, ujian vaksin lain sedang dijalankan.
Laman web Stat News melaporkan pada awal September kajian Tahap Tiga vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford itu ditangguhkan kerana disyaki memberi kesan buruk kepada peserta di UK. – Bernama