Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hurikan Sally mengganas sebelum mendarat
  • GLOBAL

Hurikan Sally mengganas sebelum mendarat

Utusan Sarawak 5 years ago
MENGGANAS… Pada awalnya Sally bergerak perlahan ke arah barat laut sebelum mengganas dan boleh mencetuskan hurikan kategori tiga ketika mendarat di sepanjang pantai Mississipi dan Alabama.

HOUSTON: Hurikan Sally kategori dua mengganas ketika bergerak di sepanjang perairan Teluk Mexico sebelum mendarat di pantai tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

Menurut ramalan, pada awalnya Sally bergerak perlahan ke arah barat laut sebelum mengganas dan boleh mencetuskan hurikan kategori tiga ketika mendarat di sepanjang pantai Mississipi dan Alabama.

Amaran sudah dikeluarkan di tenggara Louisiana dan seluruh pantai Mississippi serta Teluk Alabama sehingga di kebanyakan kawasan di Florida Panhandle.

Selepas membadai New Orleans dan Louisiana pada Isnin Sally diramal menuju ke bahagian timur.

Pada Sabtu, Gabenor Louisiana John Bel Edwards mengisytiharkan darurat, arahan berpindah turut dikeluarkan di wilayah tenggara negeri ini.

“Ribut ini berpotensi menjadi sangat serius,” kata Edwards. “Jika digabungkan dengan pandemik Covid-19, ia akan memenatkan kita semua. Saya menyeru penduduk Louisiana supaya sentiasa berwaspada.”- Bernama

Continue Reading

Previous: Korea Selatan,AS pantau Pyongyang
Next: Kes Covid-19 India lepasi 5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.