Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu
  • KEMALANGAN

14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

LILONGWE, Malawi: Empat belas orang maut akibat dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu lalu, manakala kira-kira 8,000 rumah musnah ketika negara Afrika Tenggara itu terus dilanda hujan lebat, menurut pegawai pengurusan bencana hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA), Wilson Moleni, berkata kematian dan kemusnahan itu dilaporkan di pelbagai kawasan di seluruh negara.

“Namun memandangkan negara masih menerima hujan lebat, kemungkinan jumlah korban akan meningkat,” katanya pada sidang media di Lilongwe.

Beliau berkata pihaknya berusaha untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat hujan berterusan.

“Kami menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika hujan masih berterusan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa,” katanya.

Pada tempoh sama tahun lalu, sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 10,000 isi rumah hilang tempat tinggal akibat hujan lebat.

Pada 2023, Siklon Freddy meragut ribuan nyawa di kawasan selatan Malawi dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Negara itu masih belum pulih daripada kemusnahan ekonomi akibat siklon tersebut.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Malawi turut berdepan kekurangan makanan yang serius. Bulan lalu, Presiden Malawi Arthur Peter Mutharika mengisytiharkan darurat bencana di semua 26 daerah dan merayu bantuan kemanusiaan segera, namun menurut DoDMA masih terdapat “kekurangan besar dalam pembiayaan” untuk menangani krisis tersebut.

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua mangsa selamat kemalangan kereta masuk parit di Jalan Akses Sri Aman  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.