Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Miri lancar Ops Gempur Kenderaan Perdagangan, 278 kenderaan diperiksa
  • WILAYAH

JPJ Miri lancar Ops Gempur Kenderaan Perdagangan, 278 kenderaan diperiksa

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERIKSA… Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Ops Harian bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya di bandar raya Miri. Foto Jabatan Pengangkutan Jalan

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Ops Harian bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya di sini, semalam.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi yang diketuai oleh KPP Johnson Gaut bersama enam anggota penguatkuasa itu menumpukan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan serta persendirian.

Sepanjang operasi, 278 kenderaan diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, kenderaan tiada perlindungan insurans, tidak memakai tali pinggang keledar serta pelbagai kesalahan lain berkaitan aspek teknikal kenderaan.

“Semua tindakan penguatkuasaan dijalankan mengikut prosedur bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin,” kata kenyataan itu.

JPJ Cawangan Miri menegaskan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.

Usaha berterusan ini juga menunjukkan komitmen jabatan dalam meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Syarikat korporat bersama rakyat bina masyarakat bahagia di Lawas
Next: SAR hari kedua bot karam di Tanjung Sirik, mangsa masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.