Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Syarikat korporat bersama rakyat bina masyarakat bahagia di Lawas
  • WILAYAH

Syarikat korporat bersama rakyat bina masyarakat bahagia di Lawas

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEMBALI KE SEKOLAH… Awang Tengah bersama penerima peralatan sekolah daripada Petronas di Lawas.

LAWAS: Penglibatan lebih banyak syarikat korporat besar dalam kegiatan kemasyarakatan mampu mewujudkan masyarakat yang bahagia dan aman damai.

Langkah ini juga dapat merapatkan jurang antara golongan memerlukan dan mereka yang berkemampuan, sekali gus membolehkan kehidupan yang lebih sejahtera.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata Petronas telah banyak melaksanakan program menyumbang kepada pendidikan dan kemasyarakatan bagi memastikan sebahagian hasil perniagaan dikongsi demi kebahagiaan rakyat.

“Program ini adalah tanda sokongan dan keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Petronas, untuk memastikan generasi muda berjaya dan masyarakat hidup dalam aman damai, saling menghormati dan bantu-membantu,” kata beliau pada Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas dan Memperkasakan Ilmu Kembali ke Sekolah 2025 di sebuah hotel terkemuka di Lawas malam tadi.

Awang Tengah menegaskan bahawa penglibatan syarikat-syarikat besar dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat adalah penting, bukan sekadar fokus kepada keuntungan semata-mata.

Beliau menambah bahawa langkah ini akan menjadikan negara dan negeri Sarawak terus Sejahtera kerana semua pihak saling mengambil berat tanpa mengira latar belakang, warna kulit atau keturunan.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang; Pengurus Besar Petronas Carigali Sdn Bhd, Aset Sarawak, Chin Wee Yang; Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md Rabu serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pergerakan Wanita PBB N75 Senadin perkasa ilmu keusahawanan melalui kunjungan ke Siti Payung
Next: JPJ Miri lancar Ops Gempur Kenderaan Perdagangan, 278 kenderaan diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.