Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pengalaman Sukan SEA 2025 di Thailand jadi panduan persediaan Sarawak
  • SUKAN

Pengalaman Sukan SEA 2025 di Thailand jadi panduan persediaan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada sidang media sambutan Tahun Baharu 2026 hari ini. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Pengalaman pasukan Sarawak dalam Sukan SEA di Thailand baru-baru ini memberi panduan penting untuk memastikan Sukan SEA 2027 di Kuching berlangsung lancar dan berjaya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keseluruhan acara Sukan SEA di Thailand berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa perubahan susulan pertukaran kerajaan Thailand. 

“Beberapa perkara dilakukan pada saat akhir, jadi sedikit kekurangan berlaku. Namun, ini perkara biasa dalam acara sukan berskala multinasional dan multisukan. 

“Hari pertama dan kedua biasanya menghadapi cabaran kecil, tetapi secara keseluruhan, penganjur Thailand melaksanakan tugas mereka dengan baik,” katanya selepas sidang media sambutan Tahun Baharu 2026 di sini, hari ini.

Perubahan ini memberi kesan kepada pengurusan acara, termasuk pengendalian barangan cenderamata dan pembahagian tugas.

Sehubungan itu, beliau menambah bahawa kecacatan ketara hanya berlaku selepas perasmian apabila Kemboja menarik diri, dipercayai akibat isu politik manakala baki urusan berjalan lancar dan memberi pengalaman berharga kepada pasukan.

Pasukan Sarawak yang menyertai acara itu, termasuk wakil daripada TVS, Kementerian Belia dan Sukan, serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), memperoleh pengalaman penting dalam pengurusan perjalanan acara, penyediaan bilik urus peserta, dan pelbagai aspek pengendalian logistik.

 “Pengalaman ini akan kita aplikasikan sepenuhnya apabila Sarawak menjadi penganjur pada 2027, dan setakat ini fasiliti kita berada dalam keadaan baik.

“Jawatankuasa utama penganjuran diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Hii Chang Kee, yang juga mengetuai pasukan penganjur Sukan SUKMA tahun lepas. Kali ini, tanggungjawab mereka lebih besar kerana acara berskala serantau dan antarabangsa,” ujarnya lanjut. 

Acara utama dijadualkan berlangsung di Stadium Sarawak, dengan perasmian akan dilakukan di Kuching. 

Stadium ini akan menjalani peningkatan fasiliti secara besar-besaran bermula Januari 2026 dan kerja-kerja renovasi dijangka selesai menjelang Jun 2027, memastikan stadium bersedia sepenuhnya untuk Sukan SEA 2027 yang dijadualkan pada September.

Oleh Adele Rissa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali
Next: Shahmalarani cipta detik manis, Thevendran sambar emas karate

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.