Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah takungan air timbulkan kebimbangan penduduk
  • WILAYAH

Masalah takungan air timbulkan kebimbangan penduduk

Utusan Sarawak 8 hours ago
HASIL TINJAUAN mendapati tiga lokasi di Lorong Sentosa Utara 8 didapati masih mengalami masalah takungan air.

SIBU: Tiga lokasi di Lorong Sentosa Utara 8 didapati masih mengalami masalah takungan air, sekali gus menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk dan berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk sekiranya tidak ditangani segera.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, juruteknik dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencadangkan agar longkang sedia ada digali semula bagi memastikan aliran air lebih lancar ke longkang utama.

“Bahagian Kejuruteraan MPS turut menasihatkan kerja penggalian dilakukan terlebih dahulu sebelum proses meratakan kawasan dapat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, Bahagian Kesihatan Awam MPS juga diminta meneliti keadaan sistem perparitan di ketiga-tiga lokasi berkenaan bagi memastikan tiada risiko kesihatan kepada penduduk.

“Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa mereka serius menangani aduan penduduk dan akan terus memantau lokasi terlibat sehingga kerja pembaikan dilaksanakan sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau turut menggesa penduduk agar terus menyalurkan maklum balas bagi memastikan isu persekitaran dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Terdahulu, Izkandar turun padang meninjau ketiga-tiga lokasi di Lorong Sentosa Utara 8.00 pagi tadi.

Katanya, tinjauan tersebut dibuat sebagai maklum balas terhadap kebimbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek yang menerima laporan mengenai masalah takungan air di kawasan terbabit.

“Pihak berkuasa tempatan turun padang bagi menilai keadaan sebenar dan mengenal pasti tindakan segera yang perlu diambil,” tambahnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama Petronas, Petros sumbang peningkatan industri minyak dan gas negara
Next: Pergerakan Wanita PBB N75 Senadin perkasa ilmu keusahawanan melalui kunjungan ke Siti Payung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.