Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 250 dikuarantin susulan wabak campak di Carolina Selatan
  • GLOBAL

Lebih 250 dikuarantin susulan wabak campak di Carolina Selatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
JABATAN Kesihatan Awam Carolina Selatan melaporkan 27 kes baharu campak sejak Jumaat.

NEW YORK: Lebih 250 orang dikuarantin di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat susulan wabak campak yang dilaporkan pada hujung minggu lalu, menurut pegawai kesihatan tempatan, lapor Xinhua.

Setakat Selasa, Jabatan Kesihatan Awam Carolina Selatan melaporkan 27 kes baharu campak sejak Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 111 kes.

Sebahagian besar kes baharu berkaitan dengan sebuah gereja di Daerah Spartanburg di barat laut Carolina Selatan.

Wabak campak di negeri itu “semakin memuncak” berikutan perjalanan sempena sambutan Hari Kesyukuran serta kadar vaksinasi yang rendah, menurut pakar epidemiologi negeri, Linda Bell.

Pada Rabu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat merekodkan sejumlah 1,912 kes campak di seluruh negara bagi tahun ini, dengan majoriti melibatkan kanak-kanak serta remaja yang tidak divaksin. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat Jepun lakukan pendaratan cemas selepas enjin gagal berfungsi
Next: Suspek pembunuhan Charlie Kirk hadir di mahkamah AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.