Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 30,000 haiwan hidup dirampas, operasi banteras perdagangan hidupan liar
  • JENAYAH

30,000 haiwan hidup dirampas, operasi banteras perdagangan hidupan liar

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

PARIS: Penyiasat merampas hampir 30,000 haiwan hidup sepanjang operasi pembanterasan perdagangan hidupan liar selama sebulan terhadap penyeludupan hidupan liar antarabangsa, menurut organisasi polis antarabangsa (Interpol) hari ini, menyifatkannya sebagai rekod terbesar, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Interpol menyatakan angka tinggi itu sebahagiannya disebabkan peningkatan permintaan terhadap haiwan peliharaan eksotik terutamanya di Asia dengan penyiasat menemui lebih 6,000 burung dan lebih 2,000 kura-kura.

Organisasi yang berpangkalan di Lyon itu melaporkan tahap perdagangan haram yang lebih tinggi bagi sisa dan bahagian haiwan, yang kerap digunakan dalam perubatan tradisional atau sebagai “makanan istimewa.”

Inisiatif Interpol dari 15 September hingga 15 Oktober, yang dinamakan Operasi Thunder, melibatkan 134 negara. Keseluruhannya, pegawai merampas puluhan ribu haiwan dan tumbuhan yang dilindungi, puluhan ribu meter padu kayu yang ditebang secara haram dan lebih 30 tan spesies yang diklasifikasikan sebagai terancam.

Di Jerman sahaja, pihak berkuasa merampas lebih 1,000 barang haram termasuk gading, terumbu karang dan bahagian reptilia dengan sebahagian besar dirampas di lapangan terbang dan kemudahan pos.

Interpol, yang melibatkan kerjasama polis di peringkat antarabangsa, mempunyai 196 negara anggota, menjadikannya organisasi polis terbesar di dunia.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi penguatkuasaan JIM berjaya tahan 71 PATI di sekitar Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.