Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama tadbir urus diperkukuh, Ombudsman Parlimen Denmark lawat pusat panggilan Talikhidmat 
  • SEMASA

Kerjasama tadbir urus diperkukuh, Ombudsman Parlimen Denmark lawat pusat panggilan Talikhidmat 

Utusan Sarawak 12 hours ago
DELEGASI Danish Parliamentary Ombudsman dan Duta Besar Denmark ke Malaysia, H.E. Kristine Vangkilde Berner mengadakan lawatan kerja ke Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS) hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Usaha memperkukuh governans, ketelusan dan penyampaian perkhidmatan awam Sarawak terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila delegasi Danish Parliamentary Ombudsman dan Duta Besar Denmark ke Malaysia, H.E. Kristine Vangkilde Berner mengadakan lawatan kerja ke Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS) di sini, hari ini.

Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, dalam ucapan alu-aluan beliau berkata, lawatan kerja delegasi yang diketuai Hon. Christian Britten Lundblad itu mencerminkan kepentingan perkongsian pengalaman antara dua institusi kerajaan dalam aspek governans, ketelusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menurutnya, UKAS sebagai salah satu agensi komunikasi kerajaan memainkan peranan penting dalam mengurus serta memantau sistem Talikhidmat bagi memastikan suara masyarakat sampai kepada agensi bertanggungjawab.

“Melalui Talikhidmat, kita memastikan setiap aduan, cadangan, pertanyaan mahupun penghargaan daripada rakyat disalurkan dan ditangani secara berkesan.

“UKAS bertindak menyelaras kerjasama antara lebih 260 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan bagi mempercepat penyelesaian isu rakyat,” jelas beliau.

DELEGASI Danish Parliamentary Ombudsman dan Duta Besar Denmark ke Malaysia, H.E. Kristine Vangkilde Berner mengadakan lawatan kerja ke Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS) hari ini. Foto UKAS

Katanya, Talikhidmat kini berfungsi sebagai pusat sehenti komunikasi rakyat dan kerajaan yang menghubungkan masyarakat kepada pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan.

Jelas beliau, peranan sistem ini semakin penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal responsif serta sejajar dengan aspirasi rakyat.

Dalam pada itu, Awang Putrayusrie turut merakamkan penghargaan kepada delegasi Denmark atas kesudian melawat dan meninjau operasi sistem pengurusan maklum balas rakyat Sarawak tersebut.

“Kami amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Ombudsman Denmark dan kedutaan. Lawatan ini membuka ruang kerjasama lebih luas, khususnya dalam bertukar pandangan, idea dan amalan terbaik dalam pengukuhan institusi pentadbiran awam,” tambahnya.

Beliau berharap lawatan itu bukan sahaja memberi gambaran jelas mengenai pendekatan Sarawak dalam pengurusan aduan awam, malah dapat mencetuskan inisiatif kerjasama masa depan antara Sarawak dan Denmark.

Lawatan turut disertai pegawai-pegawai kanan daripada pejabat Ombudsman Parlimen Denmark dan Kedutaan Denmark.-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anak Bung Moktar tidak berniat tanding PRK DUN Lamag
Next: KPDN sedia buka pos kawalan PBP baharu pastikan bekalan sampai ke pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.