Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Tuscan selepas mengalami kemalangan kalmarin sekali gus melebarkan kedudukannya di puncak kejuaraan pemandu Formula Satu.
Penyandang juara Hamilton mendahului rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas untuk menuntut kemenangan F1 ke-90nya dalam perlumbaan yang mana hanya 12 pemandu menamatkan perlumbaan dan membolehkan pemandu dari Britain itu memerlukan satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod sepanjang masa Michael Schumacher.
“Itu semua sedikit pelik,” kata Hamilton kepada Sky Sports.
“Ini sangat sukar hari ini … semua dimulakan semula dengan tumpuan yang diperlukan pada masa itu, sungguh, sangat sukar,” ujarnya.
Hamilton, 35, kini memperoleh 190 mata, 55 di depan Bottas dan juga berada di landasan untuk menyamai rekod tujuh gelaran dunia Schumacher setelah meraih kemenangan keenamnya dalam sembilan perlumbaan tahun ini.
Alex Albon menduduki tempat ketiga, meraih podium pertamanya untuk Red Bull, setelah melakukan pemanduanb yang menggembirakan sebagai ganti kepada rkan pasukannya yang terkeluar awal Max Verstappen dalam kemalangan pertama daripada kua kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta dalam perlumbaan yang menyebabkan tiga kali campur tangan Kereta Keselamatan.
Perlumbaan mengambil masa dua jam 25 minit untuk ditamatkan dengan tempoh di belakang Kereta Keselamatan bertambah hingga 76 minit. – AFP