Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran tingkat satu Pasar Raya Mydin Vista Tunku, operasi pemadaman masih dijalankan
  • KEBAKARAN

Kebakaran tingkat satu Pasar Raya Mydin Vista Tunku, operasi pemadaman masih dijalankan

Utusan Sarawak 17 hours ago
BOMBA berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Pasar Raya Mydin Taman Vista Tunku.

PETRA JAYA: Kebakaran berlaku melibatkan sebuah premis di tingkat satu Pasar Raya Mydin Taman Vista Tunku, Jalan Gersik, di sini hari ini yang mencetuskan suasana cemas apabila asap tebal dilihat keluar dari bahagian bangunan berkenaan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.39 pagi, sebelum dua jentera FRT dan sebuah unit EMRS dari BBP Petra Jaya dan BBP Padungan bergegas ke lokasi sejauh 6 kilometer.

Pasukan pertama tiba pada 11.56 pagi. Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran berlaku di tingkat satu melibatkan premis Lea Sport Centre.

TANGKAP LAYAR video kebakaran Pasar Raya Mydin Vista.

Pihak pengawal keselamatan pasar raya bertindak pantas melakukan pengungsian bangunan, dan semua penghuni dilaporkan telah berkumpul di kawasan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Operasi yang diketuai PBK I Mohd Nizam Bujang itu masih diteruskan bagi memastikan api dapat dikawal sepenuhnya.

Seramai 17 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

PGO Sarawak dalam kenyataan ringkas menegaskan komitmen pasukan untuk bertindak ‘Cepat dan Mesra’ dalam memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.

Oleh Norman B

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kosong musnah dalam kebakaran di Jalan Piasau Utara 4, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.