Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi dinobat MVP MLS untuk musim kedua berturut-turut
  • SUKAN

Messi dinobat MVP MLS untuk musim kedua berturut-turut

Utusan Sarawak 6 hours ago
LIONEL Messi #10 dari Inter Miami CF bergambar dengan trofi Landon Donovan MLS MVP 2025 di Stadium Chase pada 9 Disember 2025 di Fort Lauderdale, Florida. Foto AFP

LONDON: Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Major League Soccer (MLS) untuk musim kedua berturut-turut, lapor PA Media/dpa.

Pemain berusia 38 tahun itu membantu Inter Miami memenangi Piala MLS buat kali pertama pada Sabtu selepas menewaskan Vancouver Whitecaps, sekali gus menjadikannya pemain pertama memenangi Anugerah Landon Donovan selama dua tahun berturut-turut.

Messi turut memenangi Kasut Emas MLS 2025 selepas menjaringkan 29 gol dalam 28 perlawanan serta mencatat 19 bantuan gol, mengatasi rekod 20 gol dan 16 bantuan gol yang diraihnya dalam musim kemenangan MVP 2024.

Sumbangan keseluruhan 48 gol Messi sepanjang musim biasa adalah kedua tertinggi dalam sejarah MLS, hanya satu di belakang rekod Carlos Vela pada 2019 bersama Los Angeles FC.

Kapten Argentina itu, pemenang lapan Ballon d’Or, juga menjadi pemain pertama dalam sejarah liga yang mencatat sekurang-kurangnya 36 sumbangan gol dalam lebih daripada satu musim (2024 dan 2025).

Anugerah Landon Donovan MLS MVP mula diperkenalkan pada 1996 dan ditentukan melalui undian pemain, staf teknikal kelab dan media.

Messi merupakan pemain kedua memenangi anugerah itu sebanyak dua kali selepas Predrag Radosavljevic (1997 dan 2003).- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Sukan Sea 2025: Ibu bakar semangat Ken Haw raih gangsa
Next: Sukan SEA: Hoki 5s lelaki negara tuai emas pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.