Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 38 tahun ditahan ugut bunuh bapa tiri di Kabong
  • JENAYAH

Lelaki 38 tahun ditahan ugut bunuh bapa tiri di Kabong

Utusan Sarawak 3 hours ago
SUSPEK kini ditahan dan siasatan lanjut diteruskan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Foto IPD Saratok

KABONG: Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bertindak mengamuk dan mengeluarkan ugutan bunuh terhadap bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Kabong, pada 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata kejayaan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok itu turut membawa kepada rampasan dua senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada 5 Disember ketika pengadu, seorang lelaki berusia 63 tahun, berada di rumah anak tirinya. Suspek tiba-tiba mengamuk selepas dipercayai berada di bawah pengaruh air ‘langkau’.

Pengadu dan isterinya melarikan diri kerana bimbang tentang keselamatan. Namun, ketika pengadu kembali ke rumah bersama cucunya untuk mengambil barang, suspek bertindak lebih agresif dengan menghayunkan sebatang kayu sepanjang 122 cm ke arahnya.

POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bertindak mengamuk dan mengeluarkan ugutan bunuh terhadap bapa tirinya di Kabong. Foto IPD Saratok

Tidak berhenti di situ, suspek turut mengambil sebilah pisau pemotong daging sepanjang 30 cm sambil menghamburkan ugutan, “Aku nak bunuh kau!”

Bertindak atas laporan dibuat di Balai Polis Kabong, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Hendry menahan suspek di hadapan rumah berkenaan pada 5 Disember.

Siasatan mendapati suspek memiliki tujuh rekod kes lampau, termasuk kesalahan di bawah Seksyen 427, 457 dan 506 Kanun Keseksaan serta beberapa kes melibatkan Akta Dadah Berbahaya. 

Suspek juga baru dibebaskan dari Penjara Pusat Sri Aman pada 30 Mei dan masih berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) sehingga 18 Disember ini.

Pada 7 Disember, suspek membawa polis ke lokasi di beranda rumah untuk menunjukkan senjata yang digunakan iaitu sebilah pisau pemotong daging (30 cm) dan sebatang kayu panjang (122 cm). Kedua-duanya dirampas sebagai barang kes.

Hasil soal siasat mendedahkan suspek mengamuk akibat tidak berpuas hati mengenai pembahagian hasil duit sewa rumah keluarga. Suspek turut mengakui kerap terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

DSP Mathew mengesahkan suspek kini ditahan dan siasatan lanjut diteruskan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan dalam operasi salah guna dadah
Next: Lima individu ditahan dalam dua serbuan dadah di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.