Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas
  • GLOBAL

7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Sebuah pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas pada Selasa di Ivanovo, sebuah wilayah tengah Rusia kira-kira 250km timur laut Moscow, mengorbankan tujuh orang yang berada di dalamnya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

“Hari ini, di wilayah Ivanovo, pesawat pengangkut tentera An-22 terhempas semasa penerbangan ujian selepas menjalani penyelenggaraan. Pesawat itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni,” menurut Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan.

Perkhidmatan kecemasan tempatan memberitahu TASS bahawa pesawat An-22 itu membawa tujuh orang di dalamnya semasa ia terhempas.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan bahawa semua kru yang berada di dalamnya terkorban, sambil menambah insiden itu sedang disiasat.

Saksi melaporkan bahawa An-22 mula pecah di udara. Serpihan dari pesawat itu menjunam ke dalam Takungan Uvod. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban kebakaran banguanan pejabat di Jakarta meningkat kepada 22 orang
Next: Pertempuran: Ribuan lari selamatkan diri, Kemboja umum tarik diri Sukan SEA di Thailand demi keselamatan atlet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.