Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi banjir Niah, enam mangsa berjaya dipindahkan
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi banjir Niah, enam mangsa berjaya dipindahkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
BANTUAN… Anggota BBP Batu Niah ketika dalam operasi banjir memindahkan emam mangsa daripada dua buah keluarga di Kampung Padang Sepupok dan Kampung Muhibah, di sini petang semalam.

NIAH: Enam mangsa daripada dua keluarga berjaya dipindahkan dalam satu operasi banjir yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah petang semalam.

Permindahan itu adalah susulan kenaikan paras air di Kampung Padang Sepupok dan Kampung Muhibah, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memaklumkan pihak bomba menerima panggilan dari Bilik Gerakan Bencana Daerah Subis pada 6.10 petang sebelum jentera sampai ke lokasi kira-kira tiga minit kemudian.

Komander Operasi PBK I (TBK I) Awang Azdwan Awang Sahari berkata cuaca dalam keadaan baik namun trend air menunjukkan peningkatan, menyebabkan pemindahan perlu dilakukan segera bagi keselamatan penduduk terbabit.

SALAH seorang mangsa banjir dipindahkan.

Di Kampung Muhibbah, satu keluarga yang terdiri daripada tiga mangsa — semuanya perempuan, termasuk dua kanak-kanak berusia lima tahun — dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Suai. Suami wanita tersebut tidak turut serta dalam pemindahan.

Sementara itu, di Kampung Padang Sepupok, satu keluarga lagi melibatkan tiga perempuan termasuk seorang warga emas turut dipindahkan ke PPS yang sama.

Operasi yang melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera Kenderaan Pasukan Tindak Balas Awal (FRV) dan sebuah bot 40 kuasa kuda itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.00 malam dan tamat 9.30 malam.

Tiada agensi lain terlibat semasa operasi berlangsung. PGO Sarawak merakamkan penghargaan atas tindakan pantas anggota yang memastikan keselamatan mangsa terjamin.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM7 juta bina Dataran Pekan Lingga dan perlindungan tebing sungai
Next: Kementerian Lulus Projek Naik Taraf Paip 600mm di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.