Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi jalani pemeriksaan kesihatan di Pantai Hospital KL
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi jalani pemeriksaan kesihatan di Pantai Hospital KL

Utusan Sarawak 12 hours ago

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini telah bertolak ke Pantai Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan susulan mengalami simptom vertigo. Foto: Astana Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini telah bertolak ke Pantai Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan susulan mengalami simptom vertigo.

Tun Wan Junaidi turut ditemani oleh isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Pemeriksaan komprehensif yang merangkumi CT imbasan, ECG dan MRI telah dilaksanakan bagi menilai keadaan paru-paru, aliran darah serta memastikan tiada sebarang risiko strok.

Laporan perubatan mengesahkan bahawa kesihatan Tun Wan Junaidi adalah baik dan terkawal, tanpa sebarang isu yang membimbangkan. Sepanjang proses penilaian perubatan, simptom vertigo yang dialami beliau adalah ringan serta berada dalam kawalan.

Tun Wan Junaidi kini telah kembali ke Sri Kenny, kediaman rasmi, untuk berehat dan meneruskan rutin harian seperti biasa.

Tun Wan Junaidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pantai Hospital Kuala Lumpur atas layanan yang profesional, penuh perhatian dan berintegriti sepanjang pemeriksaan dan pemantauan dijalankan.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati Tun Wan Junaidi dengan kesihatan yang baik, dan kekuatan, agar dapat terus memimpin Sarawak dengan hikmah, amanah, dan dedikasi demi kesejahteraan rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Air bakal jadi komoditi industri bernilai tinggi – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.