
KUCHING: AirBorneo mengumumkan satu pencapaian penting dalam perjalanan syarikat dengan pelancaran laman web dan pusat panggilan mulai esok, 10 Disember 2025, yang turut menandakan permulaan jualan tiket bagi pengambilalihan MASwings pada akhir Disember 2025.
Dalam kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak itu turut mengumumkan maklumat berkaitan pembelian tiket.
Maklumat penting untuk pengembara, berkuat kuasa 10 Disember 2025 adalah seperti berikut:
• Pembelian tiket baharu untuk perjalanan pada atau sebelum 13 Januari 2026:
Penumpang perlu terus membeli tiket MASwings melalui laman web MASwings yang sedia ada (www.maswings.com.my) bagi perjalanan pada atau sebelum 13 Januari 2026.
• Pembelian tiket baharu untuk perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026:
Penumpang perlu membeli tiket penerbangan melalui laman web AirBorneo (www.airborneo.com).
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membeli tiket melalui pusat panggilan AirBorneo di:
• 1-300-22-1388 (talian bebas tol untuk panggilan dalam Malaysia)
• (+60) 82-537 555 (untuk panggilan antarabangsa)

Menurut kenyataan itu lagi, semua tiket dan tempahan MASwings yang sedia ada kekal sah, tanpa sebarang perubahan pada masa dan tarikh penerbangan.
Penumpang yang mempunyai tiket MASwings untuk perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026 akan menerima komunikasi individu berkaitan pengeluaran semula tiket mereka di bawah AirBorneo.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.airborneo.com dan semak Soalan Lazim (FAQ).
Pasukan khidmat pelanggan AirBorneo sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan di talian:
• 1-300-22-1388 (talian bebas tol)
• (+60) 82-537 555 (panggilan antarabangsa)
Pada 12 Februari 2025, kerajaan Sarawak telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (MASwings).