Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Beliau Ahad, Tiris ditutup akibat banjir kilat
  • Utara
  • WILAYAH

SK Beliau Ahad, Tiris ditutup akibat banjir kilat

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKOLAH TUTUP… Datuk Rosey Yunus menemui para guru SK Beliau Ahad, Tiris terpaksa ditutup hari ini selepas kawasan sekolah dinaiki air akibat banjir kilat melanda awal pagi.

BEKENU: Sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Beliau Ahad, Tiris terpaksa ditutup hari ini selepas kawasan sekolah dinaiki air akibat banjir kilat yang melanda awal pagi.

Menurut seorang guru sekolah berkenaan, keputusan penutupan dibuat setelah paras air naik melebihi dua kaki, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada murid dan warga sekolah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, yang turut melakukan lawatan kerja bagi memantau situasi banjir di kawasan tersebut, berkata dua sekolah dikenal pasti ditutup setakat ini, iaitu SK Beliau Ahad (Tiris) dan SK Beliau Isa (Kelulit).

“Setakat ini saya belum menerima laporan berkaitan pemindahan mangsa banjir. Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dalam keadaan banjir kilat ini,” katanya.

Datuk Rosey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, turut mengingatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat terkini daripada sumber rasmi termasuk media sosial pihak berkuasa.

“Jangan sebarkan gambar atau video lama yang boleh menimbulkan kekeliruan. Dokumen penting juga perlu disimpan di tempat selamat dan mudah dicapai sekiranya berlaku kecemasan,” ujarnya.

Turut hadir dalam pemantauan banjir ialah Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Empat lelaki terperangkap atas kenderaan 4×4 akibat banjir di Sepupok Niah
Next: Penolong Kanan SMK Suai jemput dua calon SPM terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.