Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Kanowit jalankan rondaan pemantauan banjir susulan hujan berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Kanowit jalankan rondaan pemantauan banjir susulan hujan berterusan

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA bomba sedang menjalankan pemantauan di beberapa kawasan terjejas susulan hujan berterusan di Kanowit. Foto PGO

KANOWIT: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit menjalankan rondaan pemantauan banjir di beberapa kawasan terjejas susulan hujan berterusan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, rondaan yang dijalankan dari 11.00 pagi hingga 1.00 petang itu memberi tumpuan di Rumah Lating Niggong, Nanga Sekerah, Sungai Poi.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan sekitar rumah panjang serta jalan masuk telah dinaiki air dengan paras anggaran antara satu hingga tiga kaki,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata setakat laporan dikeluarkan, paras air didapati menunjukkan trend meningkat namun keadaan masih terkawal.

“Tiada pemindahan penduduk dilakukan buat masa ini,” katanya.

Cuaca di kawasan terlibat dilaporkan hujan ketika rondaan dijalankan. BBP Kanowit terus memantau perkembangan keadaan semasa bagi memastikan keselamatan penduduk.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Kapor ditutup selama seminggu mulai hari ini
Next: 142 peserta sertai program ceramah kebombaan di BBP Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.