
SIBU: Jalan Kapor di sini akan ditutup kepada orang awam selama seminggu mulai hari ini.
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan.
“Kerja akan bermula dari hari ini sehingga 15 Disember untuk tempoh seminggu atau sehingga penyiapan meletakkan agregat yang sesuai.
“Justeru, MPS merayu kepada semua pengguna jalan raya untuk mengelak menggunakan jalan itu semasa tempoh tersebut,” katanya.
Tambahnya, sebarang kesulitan yang berlaku kepada pengguna jalan raya amat dikesali.
Oleh Tarani Lanting